KesihatanInformasi

Kejap Negatif Kejap Positif, Bila Waktu Terbaik Buat Ujian Kendiri COVID-19? Ini Penjelasannya

Penjelasan Doktor Waktu Terbaik Buat Ujian Kendiri COVID-19

Ramai masih tak tahu waktu terbaik buat ujian kendiri COVID-19. Ye lah sebab ada yang buat mula-mula negatif, lepastu buat lagi beberapa hari positif. Kenapa boleh jadi macam ni kan? Adakah kita baru dijangkiti ataupun dah lama jangkit tapi tak dapat dikesan kerana buat ujian pada waktu yang kurang sesuai? Tak nak lah membazir beli self-test kit mahal-mahal akhirnya kena belanja lagi buat PCR test di klinik.

Dengan varian baharu omicron yang kian mengganas ni kes semakin tinggi kerana ianya cepat merebak, pastinya sudah ramai kenalan terdekat mahupun kontak rapat kita yang telah pun dijangkiti. Sebenarnya memang terdapat kebarangkalian bahawa waktu untuk buat ujian kendiri COVID-19 menjadi faktor keputusannya tidak tepat. Ianya dijelaskan sendiri oleh beberapa pakar perubatan seperti di bawah.

Penjelasan Doktor Waktu Terbaik Buat Ujian Kendiri COVID-19 & Kenapa Keputusan Ujian Kejap Negatif Kejap Positif

Seorang pakar perubatan, Dr. Izzar telah menjelaskan mengenai perkara ini di media sosial beliau iaitu:

HARITU BUAT UJIAN KENDIRI NEGATIF. TAPI HARI NI POSITIF PULAK. TIPU AH!

Mula2 kita kena faham bahawa ujian kendiri COVID-19 juga adalah ujian antigen (RTK-AG). Ada dua faktor penting dalam memberi keputusan ujian kendiri yang tepat iaitu HARI UJIAN DIBUAT dan VIRAL LOAD

Berdasarkan penerangan beliau terdapat dua faktor penting dalam mendapatkan keputusan ujian kendiri yang tepat iaitu:

  1. Hari Ujian Dibuat
  2. Viral Load 

Self-test ni bergantung kepada tempoh jangkitan semasa sampel diambil dan mempunyai sensitiviti yang ‘sederhana ke tinggi’ semasa viral load tu tinggi. Maksudnya, waktu terbaik untuk membuat ujian kendiri adalah semasa VIRAL LOAD orang tu TINGGI. Kalau viral load tak cukup tinggi, ujian kendiri tu tak dapat mengesan pun C-19 dan akan menunjukkan keputusan negatif walaupun orang tu sebenarnya positif.

Jadi untuk mudah faham, waktu terbaik untuk buat ujian kendiri adalah:

  • Sewaktu viral load seseorang itu tinggi

Bila Nak Tahu Viral Load Kita Tinggi?

Apabila kita telah dijangkiti Covid-19, viral load dalam badan akan bertambah dan memuncak dari hari ke-3 hingga hari ke-5 selepas waktu terdedah dengan orang atay kes yang positif.

  • Tempoh 3 – 5 hari selepas berjumpa kontak positif adalah waktu paling sesuai untuk buat ujian kendiri

Kalau Tak Jumpa Pun Kontak Positif Macam Mana? 

Namun, selalunya kita mana nak tau siapa kita jumpa tu positif C-19 ke tak kan. Camna nak kira hari ke 3-5 pulak? Sebenarnya sewaktu VIRAL LOAD tu tinggi dalam badan, ia juga dipanggil sebagai ‘INFECTIOUS PERIOD’ dan kita akan mula BERGEJALA semasa tu. Sebab tu kita digalakkan membuat ujian kendiri semasa bergejala. Semasa Infectious Period ini juga kadar jangkitan adalah tinggi.

Sekiranya kita tidak berjumpa dengan mana-mana kontak rapat positif ataupun tak tahu kita telah berjumpa atau tidak kerana ada keluar ke mana-mana, tidak perlu pula kira 3 hingga 5 hari. Sebaliknya disarankan buat ujian kendiri semasa kita bergejala. Ini kerana sewaktu viral load tinggi dalam badan, ia dipanggil sebagai infectios period dan kita akan mula bergejala. Sewaktu ini juga kadar jangkitan adalah tinggi.

Ujian Kendiri Negatif Tapi Ujian PCR Positif

Dalam kes mula2 buat ujian kendiri dapat keputusan negatif, lepas tu buat ujian PCR positif pula ini kerana kebolehan ujian PCR mengesan C-19 adalah lebih tinggi. PCR tak perlu viral load yang tinggi untuk pengesanan. Sebab tu ujian PCR mahal. Cuma mengambil masa untuk dapat keputusan. Ujian kendiri ni murah, boleh buat sendiri n 15 minit dah dapat keputusan.

Bagi kes ujian kendiri negatif tetapi ujian polymerase chain reaction (PCR) Positif adalah disebabkan kebolehan ujian PCR mengesan COVID-19 lebih tinggi berbanding RTK. Ianya tidak memerlukan viral load yang tinggi untuk mengesan, justeru lebih mahal dan mengambil masa lama sedikit untuk mendapat keputusan.

Menurut perkongsian beliau, bagi penggunaan ujian kendiri Covid-19 (RTK-Ag), kesimpulan yang dapat dibuat adalah:

  • Buat ujian kendiri 3-5 hari selepas bertemu kes positif COVID-19 yang kita tahu. Bukanlah terus buat selepas berjumpa individu terbabit. Isolasikan diri dahulu
  • Buat ujian kendiri apabila bergejala
  • Buat ujian kendiri menggunakan kit yang diperakui MDA dan ikut arahan penggunaan dengan betul

Jadi kita dah tahu kenapa ada ujian kendiri yang buat dapat negatif ada yang positif. Lepas ini kena buat betul-betul lah ikut saranan pakar, barulah tak membazir wang dan sekaligus dapat menjaga kesihatan kita dan masyarakat sejagat. Sebelum buat ujian kendiri covid 19 ni pun ada pantang larang tak boleh buat tau. Nak tahu lanjut boleh baca di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button