TeknologiCara Mudah

Nak Cepat Whatsapp Tanpa Save Nombor & Buat Whatsapp Link Mudah Untuk Customer, Ini Caranya

Cara Mudah Whatsapp Tanpa Simpan Nombor & Cara Buat Whatsapp Link

Pernah tak korang nak cepat whatsapp tanpa save nombor? Sekarang ni nak beli barang semua boleh buat online je kan. Tak pun Whatsapp je nanti boleh Cash On Delivery (COD), dihantar sampai depan rumah. Bukan je barang, makanan pun semudah tu je nak order. Tak perlu call lagi dah hanya hantar mesej dekat Whatsapp. Tapi kadang-kadang tu malas nak simpan nombor kan sebab nak mesej beli sekali je.

Tak perlu risau pun, ada cara mudah untuk Whatsapp tanpa perlu save nombor orang tu. Selain tu untuk peniaga yang nak jual barang tu pulak, kalau nak memudahkan pelanggan cepat Whatsapp boleh buat link je. Nanti customer klik je situ terus buka whatsapp lagi mudah kan.

Cara Mudah Whatsapp Tanpa Save Nombor

Ikut je langkah mudah ni untuk Whatsapp tanpa simpan nombor:

1. Buka pelayar internet arau browser dan tulis wa.me/ dan masukkan nombor telefon di belakang contohnya wa.me/013XXXXXXX

2. Klik Teruskan Ke Sembang, dan aplikasi Whatsapp akan dibuka dan boleh terus mesej dengan orang yang korang ingin mesej

Nota: Lebih mudah copy dan paste nombor yang hendak dihantar mesej tu. Caranya tekan lama-lama atau highligh nombor tersebut dan klik copy, tiba di tempat yang ingin diisikan nombor klik lama-lama dan tekan paste. 

 

Cara Buat Whatsapp Link Untuk Customer Mudah Tekan Dan Mesej

Kalau peniaga pula nak memudahkan urusan pelanggan, boleh je sebenarnya terus sediakan link atau pautan untuk pelanggan klik dan nanti terus Whatsapp ke nombor kita. Caranya sama je iaitu:

1. Masukkan nombor telefon korang di belakang link ini iaitu: wa.me/6

Contohnya wa.me/6013XXXXXXX

2. Letakkan link ni di setiap post korang jadi lebih mudah untuk customer Whatsapp. Mungkin lebih ramai yang akan beli barang korang nanti kan. Boleh cuba klik link tu jadi ke tak akan keluar macam gambar ni:

Sebenarnya mudah je nak whatsapp tanpa save nombor ni kan. Tak kisahlah untuk pelanggan ke atau peniaga. Teknologi ni sememangnya memudahkan kita. Tinggal ada usaha sikit je untuk buat dan hasilnya pasti akan datang pada korang. Semoga para peniaga lebih murah rezeki dan perkongsian ini dapat beri manfaat pada semua. Nak tahu cara untuk letak nombor telefon kecemasan pada skrin telefon jika berlaku kemalangan boleh rujuk panduan SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button